Salam,
Selamat datang Oktober!!!!
Teringat kembali pada hujung September 2010, saat2 aku & en.hasben terpaksa tidur di train station St.Gallen, German..gara2 terlepas train nak ke Munich di sebabkan kami beriye2 nak jugak naik Jungfrau, Switzerland...Giler hape tak naik, view yg sangat superb!!!, awesome!!! Subhanallah....cantik sungguh...jika kalian berkesempatan, jenguklah di sana suatu hari nanti..
Ni gambar real, no edit2..
Alkisahnya, perjalanan kami ke German ni dalam senarai Tour Europe yang sudah lama kami rancang, bermula dari Dublin,Itali, Switzerland, German, UK dan kembali semula ke Dublin.
Aku la yg di amanahkan oleh en.hasben tuk survey everything from a to z memandangkan dia tengah sibuk dengan final thesis master di Trinity Dublin.
Kami di Switzerland hampir 4 hari, dan sedikit terlewat dalam jadual yang sepatutnya kami ikuti..kami terlepas train nak ke Memmingen malam tu kerana tiket habis di sebabkan sambutan Oktoberfest ( maaf kalau salah eja) natijahnya kami terpaksa bermalam di train station St.Gallen German..
Allahuakbar, bila turun je di station tu, tiada sesiapapon, bayangkan cuma kami berdua dan beberapa driver taxi. Rasa takut, gementar semua ada..
Di sebabkan kekangan wang, kami terpaksa bermalam jugak di luar train station tu, di bangku luar pintu masuk station..Dengan suhu sejuk yg melampau mencecah 8-10 Celsius, aku yang preggy time tu 2 months akhirnya tertidur jugak di riba en.hasben..En.hasben xdpt nak lelap sebab takut & risau akan keadaan kami masa tu...Dalam pukul 3 pagi, datang seorang perempuan yg turut sama terlepas train nk ke Oktoberfest dan meminta izin kat en.hasben nk duduk join sekali..Alhamdulillah xde pape yang berlaku pada kami sehinggalah keesokkan paginya..
So, pagi tu kami terus ke Memmingen..., naik flight di Bremen ke Berlin..
Berlin Wall
Next destinasi,kami menuju ke Birmingham,UK...(tunggulah ceritanya bila tiba mood rajin aku dtg..heheh)
ok..daa...:)
* catatan ini sekadar peringatan sebuah tanda kenangan untuk kami dan nyawe2 kami...