Thursday, November 14, 2013

Nyawa saya & Nyawa orang lain..:)


Assalamualaikum..

Yang baju hijau ni nyawa saya..
Sukanya dia bila jumpa kawan lain..lagi-lagi gegerl..heheh



Merenung masa depan ke sayang?


  Muka happy..

Budak-budak hidup happy je..tak de masalah...

Saturday, November 9, 2013

Lagi Mee Udang Best di Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Sedap ke? Bolehlah jawapan aku..sebab tu lah aku beritahu kat korang ni..huhu..

Secara jujurnya, tidaklah sesedap di D'King Mee Udang Sg. Petani tu ( rasa macam pernah story kat sini), tapi di sebabkan harga mee udang kat King tu dah naik mak datok mahalnye, aku cadangkan korang p je kat sini...kurang lebih sikit je rasa dia.. Last p makan kat King hari tu, 3 orang makan, kena sampai RM 70 lebih termasuk air..humang ai, terkejut kami di buatnya..dulu harga dia sorang makan lebih kurang RM 10 je, tapi la ni dah naik double..nak bawak perkenalkan orang p makan kat King tu pon dah jadi segan..
Eeemm...tak pelah,  depa ada sebab kowt naikkan harga agaknye...huhu

View kat Warong ni sangat cantik...kalau korang datang pukul 6 petang gitu, bolehlah korang duduk-duduk sambil tengok sunset sambil layan air kelapa...seyes cantik giler...(p dating best kat sini..heheh)




Mee Udang untuk 3 orang makan, RM 30

Irfan yang tak boleh duduk diam..nak p tepi pantai je..

So, kalau sesape yang nak try, p la ye kat warong ni...actually kat Penang ni banyak sangat orang kata tempat tu best Mee Udang, tempat ni best Mee Udang die..terpulang lah pada tekak masing-masing kan...Pada aku, setakat la ni, tempat ni la yang ok...

Selamat mencuba!!!!!

Menanti Orang Baru

Assalamualaikum....

Minggu ni dah masuk minggu  ke 37 kandungan aku...Alhamdulillah..walaupon  kadang-kadang terasa sakit di bahagian bawah ( terutamanya bila dah duduk nak bangun semula tu),  tapi sakit tu belum lagi menunjukkan yang budak ni nak keluar..selesa sangat kot dia dok dalam tu...heheh...dok la baby mama, InsyaAllah mama masih kuat lagi..

 9 bulan



Klinik Pakar Wanita Tan di Bukit Jambul

Hari tu pergi buat scan 3D/4D kat Klinik Pakar Wanita Tan ...punya lah ramai orang yang datang nak dapatkan servis Dr. Tan ni, nasib baiklah kedatangan aku di terima sebab aku orang yang last derang amik hari tu...aku sampai kat klinik tu pukul 11 tengah hari, pukul 1.30 baru sampai turn..berjanggut kami tunggu semata-mata nak sangat tengok budak kecik dalam perot ni hah...Alhamdulillah...dapatlah 6 keping gambar budak kecik ni...Walaupon tak dapat CD (ada video dan gambar) macam di Vission College masa buat scan Irfan dulu, tapi tak pelah dah memang takde servis macam tu di penang ni hah, kira jadilah kan...Harga scan kat klinik ni RM 120 dan pada sesiapa yang nak buat scan tu, baiklah p awal sikit (6 - 7 bulan), jangan jadi macam aku, dah 8 bulan baru nak p, nasib baik baby nk tunjuk muka..kalau tak, membazir je 120 tu...;)


Alhamdulillah

Moga dipermudahkan masa proses bersalin nanti.  .doakan aku..;)

Friday, September 27, 2013

Tahun yang ke 4 hidup bersama...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah..semalam 26 September 2013, genaplah usia perkahwinan aku dan En. Hasben yang ke 4 tahun.

Terima kasih tuhan dengan nikmat rahmat yang telah kau beri pada hambamu ini..Aku bersyukur kerana mendapat seorang suami yang bukan sahaja begelar suami, ayah kepada anak-anakku, imam dalam keluarga kecikku ini, malah dialah sahabat, teman hidup, teman bergaduh, bermasam muka walaupon seketika, dialah teman sehidup semati aku... ..Alhamdulillah....

Doakan kami berkekalan hingga ke jannah...amin...


Inilah 2 orang nyawa hidup ku..
(bakal menyusul yang ke3, InsyaAllah)



Friday, September 20, 2013

Resepi Lasagna Simple dan Sedap..



Assalamualaikum..

Semalam sempat membuat lasagna untuk makan malam kami..Aku rase dah banyak kali aku masak lasagna tapi kali ni punya resepi sangat membantu dan hasilnya habis lasagna aku..Alhamdulillah....
Resepi aku tak ingat dah dari mana aku dapat (sebab dah lama copy paste), so thank you so much kat blogger tu..resepi dia sangat sedap dan mudah...So here the resepi..
( tak dan nak ambik gambar semalam..thank you en goggle..)

Bahan-bahan

Sos Merah
300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab lebih berperisa)- yup aku guna daging burger
1 botol prego yang kecil
2-3 batang celery - aku tak guna pon, tak da stok
cendawan butang - pon takda stok
2 biji tomato potong dadu
1 biji lobak merah (di potong halus) - aku potong dadu sebab bila makan dapat rasa lobak tu
1-2 sudu cili boh
2-3 ulas bawang merah ( cincang halus)
2-3 ulas bawang putih ( cincang halus)
Garam, gula dan lada sulah secukop rasa
Sekotak instant lasagna - aku rebus sedikit
3 cawan air

Sos Putih
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 blok cheddar cheese - aku potong kan kecik2 dalam separuh dari blok cheddar tu
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam dan lada hitam

Cara-cara

Panaskan oven 180C
Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging burger yang dipotong kecik
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
Masukkan prego dan sedikit gula
Masukkan lobak merah tadi dan tunggu sehingga mendidih, padam kan api.

Sediakan sauce pan, panaskan.
Cairkan mentega, masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
Masukkan cheddar cheese tadi dan garam dan kacau setiap masa.
Kemudian padam kan api.

Sediakan dulang caserole
Sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang.
Tuangkan sedikit sos merah dan kemudia sos putih.
Selang selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang sos merah dan sos putih dengan banyaknya sehingga menutupi kepingan lasagna tu untuk mengelakkan lasagna tu meleding.
Taburkan sebahagian cheddar cheese yang telah di parut halus..- biasa orang guna mozarela, tapi sebab tak da stok, so aku guna cheddar jugak.
Taburkan sedikit Italian herbs atau apa jualah herbs yang korang ada, ada bau herbs sikit masa makan, tu yang bertambah sedap.
Bakar selama 40 minit
Siap !!!! ( macam Irfan selalu cakap selepas setel menyiapkan sesuatu..heheh)

Memang lasagna ni bila potong masa tengah2 panas tu, dia akan lembik dan meleleh2 sebab sos putih tu cair time tengah panas2. Kalau nak cantik korang kene biarkan dia sejuk sat, pastu baru potong

Thursday, September 19, 2013

New York Cinta...Jom tengok!!!



Terpanggil nak menulis untuk cerita ni..Sebabnya aku terpengaruh sungguh dengan gambar2 yang di ambil dalam cerita ni..sangat cantik...lawa...tak taulah kalau korang punya pendapat yang sama macam aku atau sebaliknya..hak masing2 kan...heheh...

Aku terus la wat muka manja dengan En. Hubby, nk suruh dia cari cerita ni...Well macam biasa, dia mesti buat mukanya, tapi aku tau dari  lubuk hati die yg paling dalam tu, dia mesti akan carinya lah...since dari dulu dia macam tu...love him so much....



New York Cinta ni pendapat aku macam biasa je cerita dia...kita boleh agak ending story dia guane..tapi nak jugak tengok kan...hah, overall oklah cerita dia...taklah superb but boleh lah layan...heheh..

ok..tu aje..daa...;)

Monday, January 28, 2013

Pengalaman ke Mesir

Mesir ( 23 Disember - 30 Disember 2012 )

Alhamdulillah..kami sekeluarga diberi kesempatan dalam hidup untuk menjejakkan kaki di bumi yang terkenal dengan banyaknya kisah-kisah para nabi..Menutup kalender 2012 dengan meluaskan lagi pengalaman di sana..


Mengambil tourist guide di sana sangat WAJIB.Sebab sebelum pergi, aku banyak membuat homework sikit tentang Mesir ni, dengan keadaan perangai rakyat-rakyat dia, dan situasi negara dia la ni, bahasanya lagi ( lainlah kalau korang fasih berbahasa Arab ), better pada aku upah pelajar-pelajar Malaysia di sana untuk menjadi tourist guide ( yang dah biasa membuat kerja-kerja sebegini la eh..bukan bidang terjun )..Alhamdulillah, tourist guide kami Jalalludin, sangat-sangat baik, bertanggungjawab budaknya..( berkenan aku dengan budak ni, kalaulah ada adik perempuan, dah lama aku jalankan...heheh..)

Percutian kami masa tu dalam musim sejuk, sejuk-sejuk di sana pon tidaklah sesejuk masa kami di Ireland, yang mewajibkan kami memakai berlapis-lapis baju untuk nak cover sejuk tu..Kat Mesir ni, sejuk dia biasa-biasa je, nasib baik lah mai musim sejuk, kalau mai musim panas, mesti kami dah jadi macam cacing kepanasan..nak-nak si Irfan yang memang tak tahan dengan panas..Jadi, buatlah homework sebelum nak ke mana-mana..

Berkesempatan berkenalan dengan pelajar Indonesia yang belajar di sana..bertanyakan pendapat kami tentang Mesir..terus terang kami katakan sepanjang hampir seminggu kami di sana, kami dapat lihat yang Mesir merupakan sebuah negara yang miskin dengan keadaan rakyatnya yang sangat ramai ( di Kaherah sahaja, penduduknya menyamai seluruh penduduk di Malaysia ), yang menjurus kepada pelbagai pandangan yang negatifi, yang memang patut pon rakyatnya memberontak..( maafkan aku kepada sesiapa yang tidak bersetuju, ini hanyalah pendapat aku sahaja )...Namun apa yang student Indonesia ini jawab:


"Ya iya, aku setuju..tapi ilmunya sangat tinggi.."

( memang aku setuju, sebab bila pertama kali aku masuk ke masjid Al-Azhar, memang nampak sangat ramai orang yang duduk untuk belajar di dalam kelas-kelas agama yang di sediakan secara percuma..ramai dan sangat meriah..terasa tenang hati ni, walaupun tak memahami sepatah haram pon, tapi dapat melihat dan mendengar nya sahaja dah cukup mencukupi, apatah lagi memahaminya kan? )


 
        





                   






Selepas Mesir, ke mana pulak eh? jeng jeng jeng ..:)

Sunday, January 13, 2013

Bertatih semula




Nyawa saya yang seorang ni dah laju berjalan
tapi catatan ni..eemm...
doakan saya mampu untuk menulis kembali...insyaAllah..