Friday, September 20, 2013

Resepi Lasagna Simple dan Sedap..



Assalamualaikum..

Semalam sempat membuat lasagna untuk makan malam kami..Aku rase dah banyak kali aku masak lasagna tapi kali ni punya resepi sangat membantu dan hasilnya habis lasagna aku..Alhamdulillah....
Resepi aku tak ingat dah dari mana aku dapat (sebab dah lama copy paste), so thank you so much kat blogger tu..resepi dia sangat sedap dan mudah...So here the resepi..
( tak dan nak ambik gambar semalam..thank you en goggle..)

Bahan-bahan

Sos Merah
300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab lebih berperisa)- yup aku guna daging burger
1 botol prego yang kecil
2-3 batang celery - aku tak guna pon, tak da stok
cendawan butang - pon takda stok
2 biji tomato potong dadu
1 biji lobak merah (di potong halus) - aku potong dadu sebab bila makan dapat rasa lobak tu
1-2 sudu cili boh
2-3 ulas bawang merah ( cincang halus)
2-3 ulas bawang putih ( cincang halus)
Garam, gula dan lada sulah secukop rasa
Sekotak instant lasagna - aku rebus sedikit
3 cawan air

Sos Putih
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 blok cheddar cheese - aku potong kan kecik2 dalam separuh dari blok cheddar tu
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam dan lada hitam

Cara-cara

Panaskan oven 180C
Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging burger yang dipotong kecik
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
Masukkan prego dan sedikit gula
Masukkan lobak merah tadi dan tunggu sehingga mendidih, padam kan api.

Sediakan sauce pan, panaskan.
Cairkan mentega, masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
Masukkan cheddar cheese tadi dan garam dan kacau setiap masa.
Kemudian padam kan api.

Sediakan dulang caserole
Sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang.
Tuangkan sedikit sos merah dan kemudia sos putih.
Selang selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang sos merah dan sos putih dengan banyaknya sehingga menutupi kepingan lasagna tu untuk mengelakkan lasagna tu meleding.
Taburkan sebahagian cheddar cheese yang telah di parut halus..- biasa orang guna mozarela, tapi sebab tak da stok, so aku guna cheddar jugak.
Taburkan sedikit Italian herbs atau apa jualah herbs yang korang ada, ada bau herbs sikit masa makan, tu yang bertambah sedap.
Bakar selama 40 minit
Siap !!!! ( macam Irfan selalu cakap selepas setel menyiapkan sesuatu..heheh)

Memang lasagna ni bila potong masa tengah2 panas tu, dia akan lembik dan meleleh2 sebab sos putih tu cair time tengah panas2. Kalau nak cantik korang kene biarkan dia sejuk sat, pastu baru potong

No comments:

Post a Comment