Thursday, December 17, 2015

Resepi Kuih Burger Malaysia yang GEBU dan SEDAAP

Assalamualaikum..

Hari tu teringin nak makan kuih burger malaysia ni.. Kalu dekat sini memang sah2 la xde org jual, so kena la buat sendiri.. 
Dan aku guna resepi ni http://raihannavanilla.blogspot.co.uk/2010/07/resepi-burger-malaysiapau-sambal-yang.html
sangat mudah dan simple, hasilnya sangat sedap dan gebu... Hasben pon kate sedap, so kalu die dh kate sedap tu, maknanye resepi ni akan aku guna pakai selalu la nanti...doh kuih ni aku dapat dalam 12 bijik ( ikot resepi 8 bijik, mayb tuan tanah buat doh besaq2.. Sambal pon aku buat cara aku menyambal, xde guna belacan dan aku suka sambal aku tu berair sikit, xsuka kering sangat nnt xmeresap dalam kuih tu...;) 



Resepi kuih burger malaysia

250g tepung gandum
140ml susu/air pada suhu bilik
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast

gaul semua,  lepas tu biarkan selama 1 jam dan di tutup dengan kain lembap. Doh akan naik 2x ganda, tumbok2 sikit biar kluar angin dan boleh lah di buat bulat2 kecik..biarkan seketika biar die naik lagi sikit.. Pastu boleh la menggoreng dalam minyak yang panas...Siap!!!


Winter pertama di Bowburn

Assalamualaikum.

Last week  on 12 dec , kami otw balik ke rumah dari Car boot sale di New Castle, tiba2 je snow turun.. Lebat ya ampun.. Alhamdulillah rezeki kami dapat merasa snow tahun ni.. Sampai je di kampong Bowburn,masih lagi lebat.. Selang 1jam selepas tu, jalan raya semua dah putih dah.. Anak2 melayu di sini semua keluar main snow.. Mak2 bapak pon turut sekali..:)...  irfan main x ingat dunia, siap baring2 lagi....padahal sejuk sangat dah tu..huhu.. Alahai anak....




Hari yg same jugak, kereta kami stuck dalam snow dekat park.. Aduhai.. Pening kepala en hasben... Esoknya, alhamdulillah dapat jugak di keluarkan setelah hampir 2 jam dan bermacam2 cara yang mereka gunakan.. Terima kasih sangat2 pada yang membantu...jasa kalian amatlah di hargai..

Friday, November 6, 2015

Time to say goodbye - Con te partiro



Assalamualaikum..
Hari ni Jumaat bersamaan 23 Muharam 1437 Hijrah. Cuaca di Bowburn semakin hari semakin mendung suhu kat luar pon tiap2 hari 9-13 C, sang matahari segan2 nak tunjuk muka dah, malam pula tanpa di arah2 cepat2 je die datang..hai la autumn, janganlah berakhir lagi.. 

Pagi ni ntah kenapa terasa rindu dengan family yang jauh nun di sana..k, xnak ckp banyak.. ( air mate nak kluar dah) ngada2 je aku ni, baru sebulan kot ko duduk sini, macam xbiasa berjauhan pulak... 

Lately ni giler layan lagu ni.. Mungkin sbb tu lah, rasa rindu tu wujud....shhhhuuuhh, go away plis...

When i am alone i sit and dream
And when i dream the words are missing
Yes i kmow that in a room so full of light
That all the light is missing
But i dont see you with me, with me
Close up the windows, bring the sun to my room
Through the door youve opened 
Close inside of me the light you see that you met in the darkness

Time to say goodbye...

K.. Jmp lg next n3;)




Friday, October 16, 2015

Dari Bertam ke Bowburn

From Bowburn, Durham with love...



Assalamualaikum...Setelah genap 2 minggu kami kat sini,barulah dapat settled down dalam rumah yg betul, internet semua lengkap, Irfan dah daftar sekolah dan barulah dapat tarik nafas lega...Syukur alhamdulillah...

Hampir setahun yang lepas, En.Hasben dapat offer sambung belajar luar negara,alhamdulillah rezeki...tapi urusan dokumentasi yang banyak sangat halangan, lepas satu2, hampir2 membuatkan kami berputus asa nak meneruskan... Tapi akhirnya, kami yakin semuanya telah di lorongkan oleh DIA, dan di sini lah kami.. Di bumi UK, Bowburn, Durham..

 27 September 2015 kami sampai dan insyaAllah 2019 kami akan pulang semula ke Malaysia.





Friday, September 18, 2015

Last day school at LC Bertam


18 September 2015 

MasyaAllah, sekejap je masa berlalu.. Hampir 9 bulan irfan dok ulang alik ke sekolah..macam2 gelagat & kerenah Irfan di sekolah..Alhamdulillah,aku sangat berpuas hati dengan cara sekolah irfan ni Tadika Cilik Comel Little Caliphs Bertam...walaupon tak sampai setahun irfan ke sekolah, banyak dah yang dia belajar (sesuai la dengan tahap umor die)..bukan aku nak dia pandai membaca dah pon, cukop la pada aku die reti nak berkawan, die ade kawan,die tahu Alif Ba Ta, A B C, 1 2 3...tahu Al Fatihah, doa sikit2, itupon dah satu rahmat...yang penting pada aku, die tahu berkawan...( Rayyan, Nia , Nani, Khaleesya, Wasuliman, Wafik- antara nama kawan2 irfan yang selalu die sebut..)


With Tr Nad

With Tr Ros



Trip ke Zoo Taiping 



Nota kaki: Janganlah kita sebagai ibu bapa sesekali ajar anak kita ' jangan main dengan si polan ni sebab si polan tu suka buat org' .. Jgn lah di habaq kat anak kita tu berulang2 kali sampai akhirnya bdk tu pon xnak berkawan dgn si polan tu, kebetulan mak pak si polan tu pon terdengar dan tau hal ni, kan ke tak manis nmanye tu...budak2 masih kecik lagi kot, yang nk p psyco derang dah kenape??? Tak guna jugak belajar tinggi2, kalau pemikiran masih di takuk lame..
MasyaAllah mintak2 la kami di jauhkan sifat sebegitu.. 
( lepas sudah rasa geram yang berbuku dalam hati ni )...

Wednesday, January 14, 2015

Irfan @ Tadika The Little Caliphs Bandar Putra Bertam

Assalamualaikum,

Dah 3 hari kami hantar Irfan ke tadika TTLC. Ni 1st time die berjauhan dari aku.. Walaupun hanya 4 jam sahaja ( 8 - 12 tgh ), terlalu besar bezanya pada aku, apatah lagi pada dia yang terpaksa menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru.. Meruntun jiwa ni bila hari pertama dengar dia menangis..Rasa tak sanggup nak tinggalkan dia.. Tapi aku cuba kuat & think positive, semua ni untuk kebaikan Irfan jugak sayang...
Hari kedua pon menangis..eeemmm
Aku terus balik.. 
Tepat kui 11.55, aku dah terpacak depan pagar.. Cikgu pon dah cam agaknya.. Dan dia antara yang awal keluar.. Bila nampak je aku, die terus mencebik muka, menangis lagi... Alahai anak.. Maafkan mama sayang..
Jumpa teacher Irfan, katanya Irfan hari kedua ok sikit.. Kurang dah nangis.. Alhamdulillah...
Aku bisikkan dalam hati, insyaAllah lama kelamaan, pasti Irfan akan ok & tak akan nangis lagi..dan sedikit lega bila setiap kali tanya Irfan nak ke sekolah lagi, jawapannya pasti nak.. Alhamdulillah..
Tapi jawapan tu xkekal rupanya.. Selesai hari ketiga sekolah, die menangis lagi.. Dan dah tak nak ke sekolah..tanya banyak kali pon, taknak jugak.. Alahai anak.. Eemmm... 

Aku pon dok lah sevey kat tenet cara2 nak handle anak yang macam ni.. Antaranya:


Mendakap anak dengan penuh kasih sayang sebelum meninggalkan anak di kawasan tadika. Beri kata-kata perangsang kepada mereka, kemudian beri lambaian setelah menyerahkan anak kepada guru tadika. ( aku suruh En. Hasben yang hantar dia kat pintu sekolah sebab dia rapat dengan aku so mungkin kesedihan tu kuranh bila ayahnya yang hantar)

Bagaimana jika anak menangis? Jangan hampiri, teruskan perjalanan anda, beritahu kepadanya bahawa anda akan mengambilnya setelah tamat sesi pembelajaran. Menangis hanya ingin menguji emosi anda. Sekiranya anda berlembut dan menunggu ia akan mengambil masa yang lama untuk mereka menyesuaikan diri.

Ibu bapa seharusnya perlu ada keyakinan diri dan berkeras hati untuk melawan emosi simpati kerana tangisan anak. Anggaplah itu satu cabaran baginya untuk berdikari dan berilah kepercayaan kepada guru untuk meredakan emosinya.

Budaya menunggu anak selalu terjadi apabila perasaan takut menghantui pemikiran ibu bapa. Sebenarnya ibu bapa sendiri yang merancang dan menentukan kesediaan anak untuk ke tadika. Jika hari ini anda bersimpati dan kasihan melihat anak menangis, ini akan membuatkan anda menunggu anak seharian di tadika. Keesokan hari, perkara yang sama akan terjadi, dan lama-kelamaan anda akan merasa tidak seronok kerana ia sesuatu yang membebankan kerana banyak kerja yang tertangguh. 

Sebaliknya jika anda meninggalkan anak kepada guru, anak anda akan lebih cepat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya. Anak anda akan belajar memberi kepercayaannya kepada guru. sebenarnya, tangisan mereka tidak memakan masa yang lama sekiranya ditangani oleh guru yang terlatih dan berpengalaman.

Sekiranya anda risau, dapatkan nombor telefon tadika dan bertanyalah hanya selepas sejam anda meninggalkan anak. Biasanya anda akan mendapat laporan yang positif. Tapi awas! Jangan sesekali bercakap dengan anak anda melalui telefon, kerana kemungkinan emosinya yang sudah stabil akan berkocak semula. Percayalah bahawa guru akan memberi laporan yang benar lagi telus! :)

Apabila anak anda pulang, berikan pujian kerana berjaya berada di tadika. Kata-kata perangsang sangatlah penting untuk si kecil itu pergi ke tadika lagi untuk keesokan harinya. Sediakan juga hati dan perasaan anda untuk mendengar segala pengalaman anak anda pada hari pertama persekolahannya. Beritahu kepadanya bahawa anda sangat bangga dengan pencapaiannya.

Aku pon ada jugak terbaca dengan cara memberi upah atau hadiah bila setiap kali dia ke sekolah dengan baik dan tidak lagi menangis. 2 minggu jugaklah kami amik masa dengan membeli raksasa sebagai hadiah untuk Irfan bila tiap kali pulang dari sekolah. Alhamdulillah sangat berkesan. Minggu terakhir Januari tu dia dah ok dan sangat teruja bila nak ke sekolah, takda lagi menangis segala( tak seperti dalam minggu pertama yang sangat mencabar.. Huhu).

Alhamdulillah, la ni dia sangat excited bila nak ke sekolah, banyak dah kemajuan yang dia dah tunjuk hari demi hari..Alhamdulillah terima kasih  kepada semua staf2 Tadika TLC Bertam, Tr. Ros, Tr. Nurul dan semua teacher2 TLC Bertam .. Terima kasih sangat2 ;)







Tuesday, January 6, 2015

Ulang Tahun Nafees yang Pertama

Assalamualaikum..
Ni citer semalam nye semalam, senang cakap las yer nye citer.. Heheh

18 November 2014..

Selamat Ulang Tahun yang pertama buat  Nafees Arjuna mama,




( cewaahh ala2 anak FynJamal tu ;p )..
Sat ja dah setahun, Alhamdulillah.. Moga mama di beri kekuatan untuk menjaga Nafees & Irfan dengan sebaiknya & mendidik kalian menjadi anak yg baik, patuh pada perintahNYA... Amin.. Mama & ayah sentiasa doakan untuk kalian berdua.. 


 Ni masa umo seminggu..

Dah banyak akai dah la ni... Umo setahun tp dah pandai main otomen..:)

Moga membesar dengan baik & sihat sayang..:)


Kbai..

Saturday, January 3, 2015

Tips Merawat Demam Panas Malam


Assalamualaikum..

Dah 2 malam Irfan demam.. Bila malam je start badan panas dan seleseme.. Siang, ok plak.. Cuma tak berapa lalu nak makan la time siang..kene sentiasa sua kan air kat dia, kalu nak tunggu die mintak sendiri, alamatnya takdelah...

So malam tadi, tergerak hati nak suh En. Hasben belikan Irfan ubat demam.. Sambil2 tu tangan ni duk riki2 la kat tenet, petua nak elakkan demam malam ni berpanjangan..

So aku jumpa 1 blog ni cerita tentang demam panas ni lah.. Sangatlah bagus, senang nak paham & berjaya meyakinkan aku.. 

Ok, so ni link blog tu 
http://hello-zura.blogspot.com/2013/10/tips-rawatan-demam-panas.html?m=1

TIPS UMUM RAWATAN DEMAM PANAS :

1. Pastikan semak suhu sentiasa. Tidak boleh agak-agak.

2. Teknik Sponging/lap:
    Kawal darjah kepanasan dengan sponging. 
    Letak tuala lembab dengan air biasa di kepala atau jerlum kepala dengan  air asam jawa atau daun bunga raya putih. Sekali sekala, lap di bahagian pelipat, ketiak dan kelangkang.
    
    Untuk anak lelaki, lap di area 'ball' dia. Boleh juga terus letakkan tuala
basah di sekitar tempat tersebut.

3. Pakaian dan Suhu Persekitaran:
    Pakaikan pakaian nipis, on Kipas atau air cond (jika tiada masalah alahan pada sejuk yang boleh menyebabkan batuk).
    Jika suhu makin tinggi, pakai diaper sudah cukup.

4. Teknik Mandian:
    Jika suhu lebih 37.8 : Mandikan dengan luke warm water (midly warm / tepid) iaitu air suam-suam kuku.
    Tapi, jika persekitaran tempat mandi tempat tebuka, air suam tersebut jangan terlalu suam atau terlalu sejuk macam air paip biasa, ini kerana air akan kena udara, sekejap sahaja boleh jadi sejuk. 

    Cara mandikan :
    Mulakan daripada kaki ke atas. Biarkan anak main dengan air dalam 10-15  min. Jangan sampai menggigil. Anak harus relaxed. 

5. Socks Remedies

6. Fokus Rawat Imun

    a. Kerapkan beri anak susu ibu (ibu juga perlu kawal diet)

    b. Liquid Diet : Air kosong, jus segar dari buah sebenar, one broth (sup tulang) / sup ayam sebagai penawar untuk elakkan dehydrate
 (kekeringan). 
        Virus hirup protein dalam tubuh, sup tulang ayam atau daging membantu mengekalkan protein, masak bersama antiviral foods juga,
ianya boleh menaikkan sistem imun badan.

    c. Makan banyak antiviral foods, bawang putih, halia, kunyit, brocoli,
makanan penyejuk badan seperti air kelapa muda, barli, kembang semangkok, buah tembikai.

       Jika anak tak boleh lagi makan, ibu yang menyusukan boleh makan.

    d. Elakkan Gula
        Gula adalah makanan bakteria dan melemahkan sistem imun tubuh 
keseluruhannya juga. Gula membantu pembiakan bakteria dan
menyebabkan imun rendah sekaligus mengaktifkan virus.

    e. Makan vitamin C semulajadi - Jus Buah Segar.

Fokus untuk kuatkan sistem pertahanan badan. Demam is a good sign of working immune system. We should not focus on bringing the temperature down. Kita kena support proses demam tu. Support demam menjalankan tugasnya matikan kuman. Beri anak-anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan antioksida.

Jika anak demam selalu, beri anak makan probiotik , Virgin coconut oil atau Olivenol. Help body & not to give more burden on the system. 


*Pastikan anak kekal aktif.

* 'Mild fever' - 37.5° to 38°. Itu ukuran 'mild'. Rendah dari itu, dedar sahaja bak kata orang Melayu. 

*PCM cuma diambil jika suhu 38.5 darjah.

*Suhu 39 ke atas menghampiri 40 darjah bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

*Suppository (ubat demam masuk 'tut' ) cuma diambil jika suhu 39 darjah ke atas.

*Suhu bawah 38 darjah, TIDAK MEMERLUKAN PARACETAMOL.



ISU PARACETAMOL DAN SUPPOSITORY (Ubat bontot)

Bukan tak boleh bagi sirap paracetamol, cuma jangan terlalu cepat atau terlalu kerap, yang develop demam tinggi waktu malam, kebiasaannya di sebelah siang terlalu kerap dan terlalu cepat bagi ubat demam, nampak temperature naik, terus bagi ubat.

Manfaatkan waktu siang, kerana kita fresh & tak terlalu penat, boleh monitor baby dan cergas buat sponging. Waktu siang suhu sekeliling panas, boleh buat sponging guna luke warm water, heat dari badan baby akan tranfer ke lapisan air kat luar tubuh baby, air ni tersejat (evoporated) ke udara waktu siang, proses berulang-ulang.
Sponging waktu malam kurang berkesan. Doktor cakap tak boleh sponging kalau suhu tinggi sangat, secara logiknya takut salur darah kat kulit mengecut, menyebabkan core temperature semakin tinggi.

Paracetamol(PCM) adalah ubat demam+painkiller. Bila sudah beri suppository (ubat bontot) TIDAK BOLEH diberi oral/sirap PCM serentak atau jarak kurang 6 jam. 

Suppository umpama injection. Dadahnya terus masuk dalam darah. Toksid pada hati sekiranya dose melebihi level selamat pada suatu masa. Suppository harus ditangguh dan tidak sesuai untuk bayi umur bawah setahun. (ramai tak alert tentang ini,boleh confirm dengan membaca details di package insert). Hanya boleh diberi atas arahan doktor bila anda dah ke klinik,dan dah pastikan dengan doktor anda suppository boleh diberi pada bayi anda. SETIAP BAYI TAK SAMA.

Tak bagi PCM tak sama dengan BIAR ANAK. Jangan salah faham. Jadi ibu kena buat sesuatu untuk merawat suhu demam dari bagi anak makan ubat. PCM IS A SHORT CUT. 


Tambahan info: 
  1. Cool fever TIDAK berkesan turunkan suhu, cuma mungkin boleh kurangkan  pening/kepala tidak selesa sebab suhu yang tinggi. Gantikan dengan jerlum  asam jawa atau daun bunga raya (bunga raya putih lebih bagus).

Cool Fever cuma menarik haba pada suatu tempat sahaja, tidak seperti     teknik sponging yang lain, haba akan ditarik pada satu tempat contohnya dikepala dan ia membahayakan kerana boleh menyebabkan sawan berlaku.
   

2. Demam disebabkan virus TIDAK PERLU ANTIBIOTIK, antibiotik cuma 
    membunuh bakteria baik dan jahat. Tapi jika sudah terambil, perlu 
    habiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik 
    kekal dalam badan. Antibiotik adalah jalan terakhir digunakan jika sudah
    tidak terkawal (jika sudah nampak tanda-tanda akan berlaku infection
    seperti kes tonsil bernanah atau lainnya).

3. Elakkan sebarang pengambilan vaksin. 

DEMAM MELEBIHI 5-7 HARI PERLU BUAT UJIAN DARAH UNTUK PASTIKAN PUNCA DEMAM ITU.

Terima kasih la pada tuan rumah blog ni sebab dengan adanya info ni takdelah aku asik nak berharap je pada ubat bila tiap kali anak2 demam..( thanks to En. Hasben gak sebab dia pon selalu say no to pcm ) Aku je kadang2 bila dah terlebih sangat risau, nak amik jalan cepat..( eemmm tak sanggup hati nak tengok anak sakit, sedih je rasa.. Kan? )
Kbai...

Salam Maulidur Rasul