Monday, January 11, 2010

Aizat Juara Lagu ke 24 !!!!

10 January 10





Pentas Anugerah Juara ke 24 menyaksikan kemenangan berganda buat penyanyi berbakat besar, Aizat. Lagu dendangannya, ‘Pergi’ dinobatkan sebagai juara menewaskan beberapa calon yang disebut-sebut sebelum ini. Manakala persembahannya menerusi lagu ‘Kau Aku’ turut diumumkan sebagai persembahan terbaik pada malam ini.

Kemenangan ini membolehkan Aizat membawa pulang wang tunai berjumlah RM45,000 keseluruhannya berserta trofi. RM35,000 untuk gelaran juara dan RM10,000 untuk persembahan terbaik. Bagaimanapun, jumlah ini bukanlah hak mutlak Aizat kerana lagu ‘Pergi’ adalah gubahan Pete Teo dan ditulis oleh Amran Omar. Sekalung tahniah GUA ucapkan kepada Aizat!

Walau apa pun, keputusan panel juri memilih Aizat sebagai juara memang tidak perlu disangkal kerana Aizat telah memberikan yang terbaik dalam persembahannya. Kedua-dua lagu dendangannya mempunyai kekuatan tersendiri. Malah, setiap kali dia beraksi, dia mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada penonton di stadium.(gua.com)

Ntahnye..xyah2 nk sangkal2 lagi dah..Aizat mmg patut menang!!!Dubliners sokong giler2 kat Aizat..Yeahhh!!!!

No comments:

Post a Comment