4 Syawal 1431 H
Pagi 1 Syawal , selepas bersarapan ala kadar dengan bihun goreng, aku bersalaman minta ampun ngan En Nadzri..1st time raya bersama as suami isteri, di perantauan pulak tu..sangat syahdu...:)
Kui 9 pagi kami dah otw ke Malaysia Hall (MH) untuk sembahyang bersama2 dengan student2, staff Malaysia yg lain...sangat meriah di MH, time ni lah dapat berjumpa dengan semua Malaysian yg ada di sini..semuanye berbaju melayu & kurung / kebaya..budak2 kecik pon sama..hilang sikit rasa rindu pada family bila dapat berjumpa mcm ni...
Tepat 9.30 pagi, kami sembahyang raya bersama2, selepas selesai mendengar khutbah raya, semuanye dah get ready untuk makan!!!! mcm2 lauk yg di sediakan...semuanya ada...cayalah MH!!!
Kui 3 kami semua berjalan raya di rumah Abg Izwan, menaiki bas beramai2.. meriah giler, Irish tgk semacam je dengan pakaian kami..hahaha.. best giler makan hari tu, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang, nasi impit instead of ketupat, lemang & kuih raya semua ada...
mood > happy + kekenyangan...=)
Malam pula berjalan ke rumah Kak Nana..makan & makan lagi...=)
As a result, kawan2 aku semua termasuk En Nadzri cirit birit & muntah2 keesokkan harinya dan sampai ke hari ni..alhamdulillah aku xkene pape..kiteorg ingatkan mungkin di sebabkan makan yg terlalu banyak ( dari pagi sampai ke malam )..tapi rupa2nya student2 undergrade pon sama...so pastilah berpunca dari makanan kat MH...eemm kecian sungguh kat En Nadzri, muntah2 + cirit birit = lemah badan & xmampu nk writing...
xtaulah samaada kami akan pegi TOUR EUROPE malam ni atau x..depends on him first..kalu die xlarat, mungkin cancel je terus...
= the best raya ever in my life ( kenangan beraya di perantauan )