Dah 3 hari kami hantar Irfan ke tadika TTLC. Ni 1st time die berjauhan dari aku.. Walaupun hanya 4 jam sahaja ( 8 - 12 tgh ), terlalu besar bezanya pada aku, apatah lagi pada dia yang terpaksa menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru.. Meruntun jiwa ni bila hari pertama dengar dia menangis..Rasa tak sanggup nak tinggalkan dia.. Tapi aku cuba kuat & think positive, semua ni untuk kebaikan Irfan jugak sayang...
Hari kedua pon menangis..eeemmm
Aku terus balik..
Tepat kui 11.55, aku dah terpacak depan pagar.. Cikgu pon dah cam agaknya.. Dan dia antara yang awal keluar.. Bila nampak je aku, die terus mencebik muka, menangis lagi... Alahai anak.. Maafkan mama sayang..
Jumpa teacher Irfan, katanya Irfan hari kedua ok sikit.. Kurang dah nangis.. Alhamdulillah...
Aku bisikkan dalam hati, insyaAllah lama kelamaan, pasti Irfan akan ok & tak akan nangis lagi..dan sedikit lega bila setiap kali tanya Irfan nak ke sekolah lagi, jawapannya pasti nak.. Alhamdulillah..
Tapi jawapan tu xkekal rupanya.. Selesai hari ketiga sekolah, die menangis lagi.. Dan dah tak nak ke sekolah..tanya banyak kali pon, taknak jugak.. Alahai anak.. Eemmm...
Aku pon dok lah sevey kat tenet cara2 nak handle anak yang macam ni.. Antaranya:
Mendakap anak dengan penuh kasih sayang sebelum meninggalkan anak di kawasan tadika. Beri kata-kata perangsang kepada mereka, kemudian beri lambaian setelah menyerahkan anak kepada guru tadika. ( aku suruh En. Hasben yang hantar dia kat pintu sekolah sebab dia rapat dengan aku so mungkin kesedihan tu kuranh bila ayahnya yang hantar)
Bagaimana jika anak menangis? Jangan hampiri, teruskan perjalanan anda, beritahu kepadanya bahawa anda akan mengambilnya setelah tamat sesi pembelajaran. Menangis hanya ingin menguji emosi anda. Sekiranya anda berlembut dan menunggu ia akan mengambil masa yang lama untuk mereka menyesuaikan diri.
Ibu bapa seharusnya perlu ada keyakinan diri dan berkeras hati untuk melawan emosi simpati kerana tangisan anak. Anggaplah itu satu cabaran baginya untuk berdikari dan berilah kepercayaan kepada guru untuk meredakan emosinya.
Budaya menunggu anak selalu terjadi apabila perasaan takut menghantui pemikiran ibu bapa. Sebenarnya ibu bapa sendiri yang merancang dan menentukan kesediaan anak untuk ke tadika. Jika hari ini anda bersimpati dan kasihan melihat anak menangis, ini akan membuatkan anda menunggu anak seharian di tadika. Keesokan hari, perkara yang sama akan terjadi, dan lama-kelamaan anda akan merasa tidak seronok kerana ia sesuatu yang membebankan kerana banyak kerja yang tertangguh.
Sebaliknya jika anda meninggalkan anak kepada guru, anak anda akan lebih cepat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya. Anak anda akan belajar memberi kepercayaannya kepada guru. sebenarnya, tangisan mereka tidak memakan masa yang lama sekiranya ditangani oleh guru yang terlatih dan berpengalaman.
Sekiranya anda risau, dapatkan nombor telefon tadika dan bertanyalah hanya selepas sejam anda meninggalkan anak. Biasanya anda akan mendapat laporan yang positif. Tapi awas! Jangan sesekali bercakap dengan anak anda melalui telefon, kerana kemungkinan emosinya yang sudah stabil akan berkocak semula. Percayalah bahawa guru akan memberi laporan yang benar lagi telus! :)
Apabila anak anda pulang, berikan pujian kerana berjaya berada di tadika. Kata-kata perangsang sangatlah penting untuk si kecil itu pergi ke tadika lagi untuk keesokan harinya. Sediakan juga hati dan perasaan anda untuk mendengar segala pengalaman anak anda pada hari pertama persekolahannya. Beritahu kepadanya bahawa anda sangat bangga dengan pencapaiannya.
Aku pon ada jugak terbaca dengan cara memberi upah atau hadiah bila setiap kali dia ke sekolah dengan baik dan tidak lagi menangis. 2 minggu jugaklah kami amik masa dengan membeli raksasa sebagai hadiah untuk Irfan bila tiap kali pulang dari sekolah. Alhamdulillah sangat berkesan. Minggu terakhir Januari tu dia dah ok dan sangat teruja bila nak ke sekolah, takda lagi menangis segala( tak seperti dalam minggu pertama yang sangat mencabar.. Huhu).
Alhamdulillah, la ni dia sangat excited bila nak ke sekolah, banyak dah kemajuan yang dia dah tunjuk hari demi hari..Alhamdulillah terima kasih kepada semua staf2 Tadika TLC Bertam, Tr. Ros, Tr. Nurul dan semua teacher2 TLC Bertam .. Terima kasih sangat2 ;)