Thursday, November 14, 2013

Nyawa saya & Nyawa orang lain..:)


Assalamualaikum..

Yang baju hijau ni nyawa saya..
Sukanya dia bila jumpa kawan lain..lagi-lagi gegerl..heheh



Merenung masa depan ke sayang?


  Muka happy..

Budak-budak hidup happy je..tak de masalah...

Saturday, November 9, 2013

Lagi Mee Udang Best di Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Sedap ke? Bolehlah jawapan aku..sebab tu lah aku beritahu kat korang ni..huhu..

Secara jujurnya, tidaklah sesedap di D'King Mee Udang Sg. Petani tu ( rasa macam pernah story kat sini), tapi di sebabkan harga mee udang kat King tu dah naik mak datok mahalnye, aku cadangkan korang p je kat sini...kurang lebih sikit je rasa dia.. Last p makan kat King hari tu, 3 orang makan, kena sampai RM 70 lebih termasuk air..humang ai, terkejut kami di buatnya..dulu harga dia sorang makan lebih kurang RM 10 je, tapi la ni dah naik double..nak bawak perkenalkan orang p makan kat King tu pon dah jadi segan..
Eeemm...tak pelah,  depa ada sebab kowt naikkan harga agaknye...huhu

View kat Warong ni sangat cantik...kalau korang datang pukul 6 petang gitu, bolehlah korang duduk-duduk sambil tengok sunset sambil layan air kelapa...seyes cantik giler...(p dating best kat sini..heheh)




Mee Udang untuk 3 orang makan, RM 30

Irfan yang tak boleh duduk diam..nak p tepi pantai je..

So, kalau sesape yang nak try, p la ye kat warong ni...actually kat Penang ni banyak sangat orang kata tempat tu best Mee Udang, tempat ni best Mee Udang die..terpulang lah pada tekak masing-masing kan...Pada aku, setakat la ni, tempat ni la yang ok...

Selamat mencuba!!!!!

Menanti Orang Baru

Assalamualaikum....

Minggu ni dah masuk minggu  ke 37 kandungan aku...Alhamdulillah..walaupon  kadang-kadang terasa sakit di bahagian bawah ( terutamanya bila dah duduk nak bangun semula tu),  tapi sakit tu belum lagi menunjukkan yang budak ni nak keluar..selesa sangat kot dia dok dalam tu...heheh...dok la baby mama, InsyaAllah mama masih kuat lagi..

 9 bulan



Klinik Pakar Wanita Tan di Bukit Jambul

Hari tu pergi buat scan 3D/4D kat Klinik Pakar Wanita Tan ...punya lah ramai orang yang datang nak dapatkan servis Dr. Tan ni, nasib baiklah kedatangan aku di terima sebab aku orang yang last derang amik hari tu...aku sampai kat klinik tu pukul 11 tengah hari, pukul 1.30 baru sampai turn..berjanggut kami tunggu semata-mata nak sangat tengok budak kecik dalam perot ni hah...Alhamdulillah...dapatlah 6 keping gambar budak kecik ni...Walaupon tak dapat CD (ada video dan gambar) macam di Vission College masa buat scan Irfan dulu, tapi tak pelah dah memang takde servis macam tu di penang ni hah, kira jadilah kan...Harga scan kat klinik ni RM 120 dan pada sesiapa yang nak buat scan tu, baiklah p awal sikit (6 - 7 bulan), jangan jadi macam aku, dah 8 bulan baru nak p, nasib baik baby nk tunjuk muka..kalau tak, membazir je 120 tu...;)


Alhamdulillah

Moga dipermudahkan masa proses bersalin nanti.  .doakan aku..;)