Thursday, April 12, 2012

Sakura di Osaka

Berkesempatan untuk berada di tanah Jepang selama 9 hari sangat bermakna..




OSAKA seperti yang di perkatakan oleh Sani ( adik En. Hubby yang kami raikan hari convocation beliau di Osaka Jo ) terkenal dengan ' membuat Lawak '.. Derang suka membuat lawak berbanding dengan penduduk di Tokyo dan daerah2 lain di Jepang...


Penduduk di Osaka juga terkenal dengan ' berjalan Cepat ', sebabnya mereka ni memang gila bekerja dari pagi sampai ke malam dan akan makan sepuas2nya pada malam hari terutama pada jumaat malam di mana wekend akan bermula keesokkan harinya..dan aku pernah terbaca dalam 1 majalah yang bercakap tentang Osaka di mana : ' Makanlah sekenyang2 nya sampai tak boleh bangun !!!

' Tempat makan yang popular semestinya di kawasan jambatan Dotonbori yang terkenal dengan ' Giant Motorised Crab ' di Namba city... Dan sepanjang jalan menuju ke Jambatan Dotonbori tu, kita akan disajikan dengan beratus deretan kedai2 yang menjual pelbagai barang dari perhiasan rumah, pakaian, sehinggalah makanan.. Dari harga yakuyen ( 100 yen ) sehinggalah ke beratus2 ribu yen.. Bila berada di atas jambatan Dotonbori ,kita akan di sajikan pula dengan kawasan beli belah yang high standard di mana di sinilah terletaknya butik LV, Gucci , Zara dan sebagainya ( senyum lebar sat bila tengok butik2 ni )...Kawasan ini di namakan Shinsaibashi dan Ebisubashi. Tempat2 ni wajib lah kene p kalau ke Osaka terutama pada waktu malam sebab kita dapat lihat betapa cantiknya Osaka bila di sinari dengan cahaya lampu.


Di tengah2 jalan Namba City..




Dotonbori




Badut yang menjadi tarikan di Dotonbori




Gambar dengan lelaki yang sedang berlari ni wajib ambil kata orang2 di sini, ada sebabnya si Sani bagitahu tapi insyaAllah akan aku terangkan kemudian..-lupe.. ;)

Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

  1. Salam kenalan Dee,
    Terima kasih tinggalkan komen diblog saya baru2 ni. Bila tengok, Dee orang Bertam ye. Suami saya orang Penanti. Nenek di Kepala Batas juga. hehe.. :)

    Seronok tengok gambar2 di Jepun. Saya belum pernah sampai, harap2 ada rezeki ke sana one day :)

    ReplyDelete
  2. bestnye dapat pergi jepunn~ ^^

    ReplyDelete