Monday, January 28, 2013

Pengalaman ke Mesir

Mesir ( 23 Disember - 30 Disember 2012 )

Alhamdulillah..kami sekeluarga diberi kesempatan dalam hidup untuk menjejakkan kaki di bumi yang terkenal dengan banyaknya kisah-kisah para nabi..Menutup kalender 2012 dengan meluaskan lagi pengalaman di sana..


Mengambil tourist guide di sana sangat WAJIB.Sebab sebelum pergi, aku banyak membuat homework sikit tentang Mesir ni, dengan keadaan perangai rakyat-rakyat dia, dan situasi negara dia la ni, bahasanya lagi ( lainlah kalau korang fasih berbahasa Arab ), better pada aku upah pelajar-pelajar Malaysia di sana untuk menjadi tourist guide ( yang dah biasa membuat kerja-kerja sebegini la eh..bukan bidang terjun )..Alhamdulillah, tourist guide kami Jalalludin, sangat-sangat baik, bertanggungjawab budaknya..( berkenan aku dengan budak ni, kalaulah ada adik perempuan, dah lama aku jalankan...heheh..)

Percutian kami masa tu dalam musim sejuk, sejuk-sejuk di sana pon tidaklah sesejuk masa kami di Ireland, yang mewajibkan kami memakai berlapis-lapis baju untuk nak cover sejuk tu..Kat Mesir ni, sejuk dia biasa-biasa je, nasib baik lah mai musim sejuk, kalau mai musim panas, mesti kami dah jadi macam cacing kepanasan..nak-nak si Irfan yang memang tak tahan dengan panas..Jadi, buatlah homework sebelum nak ke mana-mana..

Berkesempatan berkenalan dengan pelajar Indonesia yang belajar di sana..bertanyakan pendapat kami tentang Mesir..terus terang kami katakan sepanjang hampir seminggu kami di sana, kami dapat lihat yang Mesir merupakan sebuah negara yang miskin dengan keadaan rakyatnya yang sangat ramai ( di Kaherah sahaja, penduduknya menyamai seluruh penduduk di Malaysia ), yang menjurus kepada pelbagai pandangan yang negatifi, yang memang patut pon rakyatnya memberontak..( maafkan aku kepada sesiapa yang tidak bersetuju, ini hanyalah pendapat aku sahaja )...Namun apa yang student Indonesia ini jawab:


"Ya iya, aku setuju..tapi ilmunya sangat tinggi.."

( memang aku setuju, sebab bila pertama kali aku masuk ke masjid Al-Azhar, memang nampak sangat ramai orang yang duduk untuk belajar di dalam kelas-kelas agama yang di sediakan secara percuma..ramai dan sangat meriah..terasa tenang hati ni, walaupun tak memahami sepatah haram pon, tapi dapat melihat dan mendengar nya sahaja dah cukup mencukupi, apatah lagi memahaminya kan? )


 
        





                   






Selepas Mesir, ke mana pulak eh? jeng jeng jeng ..:)

Sunday, January 13, 2013

Bertatih semula




Nyawa saya yang seorang ni dah laju berjalan
tapi catatan ni..eemm...
doakan saya mampu untuk menulis kembali...insyaAllah..