Sunday, August 5, 2012

Dia dah buat yang terbaik!!!





Walaupon tak dapat gold untuk diri dia sendiri, untuk negara dan berjuta penyokong dia,dee rasa dia dah melakukan yang terbaik dalam game Olimpik kali ni.. Mungkin bukan rezeki dia, sebab beza point hanya lah 2 mata...

Sangat bersemangat bila melihat dia berlawan ( bermati- matian) malam semalam menentang musuh tradisi , Si L D yang sedikit b***** k itu.. Nyampah tui tengok mamat tu..

So pagi ni, rasa terpanggil untuk membuat n3 khas untuk dia.. (even tau dah dia tak baca.. Arrrghh takpe asalkan 1 hari nanti Irfan akan baca dan dia akan tahu siapa Dato Lee Chong Wei ).. OUR HERO!!

To DLCW,silver or gold, you did something our goverment can never do, uniting all Malaysians cheering together...Congratulations on ur outstanding performance!!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kedah

Saturday, July 28, 2012

Cukuplah seminggu berhotel di Alami Garden Shah Alam..

Last week seminggu kami duduk hotel memandangkan En.Hasben ada urusan di UiTM Shah Alam..Cukup dah rasanya, macam nak muntah duduk lama2 kat hotel.. Heheh.. Cari punya cari kat online, akhirnya Alami Garden je yang ada..Lokasi hotel ni senang je..berdekatan dengan Pusat Perniagaan Worldwide, Tesco Extra dan Tesco Shah Alam tu..




Senang citer memang mudah dan senang untuk di cari..Kami pilih yang Executive Room memandangkan En. Hasben boleh claim lebih, so amik yang terbaik sikit apa salahnya kan.. Heheh... Biliknye sangat lawa.. Tema hijau putih.. Bilik air yang sangat romantik ( ye ke? pada pendapat dee lah..)..Semua ada, cuma ASTRO je yang tak de.. So sepanjang seminggu tu, aku dan Irfan mati kutu ( walaupon Irfan tak kisah, tapi kami kisah dengan ketiadaan ASTRO).. Sebab kat rumah, kami biasa bukak 701 - 711 dan CERIA untuk Irfan.. Apalagi, aku pon terpaksa layan jelah cerita2 apa yang ada..Eeemmmm... Ni je satu KEKURANGAN hotel ALAMI ni..yang lain semua ok.. Staff die pon semua baik2, senyum je..




Cantik kan?





* Penting kot aku rasa ASTRO tu walaupon mungkin tak semua orang tak kisah akan ketiadaan die.Kan?


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kepala Batas,Malaysia

Saturday, June 16, 2012

Musim demam ke?

Hari ni dah masuk hari ke 3 irfan demam...demam yang paling teruk setakat ni... Musim ke?? Atau dia nak tumbuh gigi.. Eemmm...kesian sangat tengok dia, sangat2 tak larat, nangis, muntah.. Tak nak langsung kat orang lain, ayah dia pon dia tak mau.. Nak mama dukong je..takpe sayang,mama akan gagahkan jua demi nyawa mama ni..

Cepat-cepat sembuh ye sayang....




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kedah

Thursday, April 12, 2012

Sakura di Osaka

Berkesempatan untuk berada di tanah Jepang selama 9 hari sangat bermakna..




OSAKA seperti yang di perkatakan oleh Sani ( adik En. Hubby yang kami raikan hari convocation beliau di Osaka Jo ) terkenal dengan ' membuat Lawak '.. Derang suka membuat lawak berbanding dengan penduduk di Tokyo dan daerah2 lain di Jepang...


Penduduk di Osaka juga terkenal dengan ' berjalan Cepat ', sebabnya mereka ni memang gila bekerja dari pagi sampai ke malam dan akan makan sepuas2nya pada malam hari terutama pada jumaat malam di mana wekend akan bermula keesokkan harinya..dan aku pernah terbaca dalam 1 majalah yang bercakap tentang Osaka di mana : ' Makanlah sekenyang2 nya sampai tak boleh bangun !!!

' Tempat makan yang popular semestinya di kawasan jambatan Dotonbori yang terkenal dengan ' Giant Motorised Crab ' di Namba city... Dan sepanjang jalan menuju ke Jambatan Dotonbori tu, kita akan disajikan dengan beratus deretan kedai2 yang menjual pelbagai barang dari perhiasan rumah, pakaian, sehinggalah makanan.. Dari harga yakuyen ( 100 yen ) sehinggalah ke beratus2 ribu yen.. Bila berada di atas jambatan Dotonbori ,kita akan di sajikan pula dengan kawasan beli belah yang high standard di mana di sinilah terletaknya butik LV, Gucci , Zara dan sebagainya ( senyum lebar sat bila tengok butik2 ni )...Kawasan ini di namakan Shinsaibashi dan Ebisubashi. Tempat2 ni wajib lah kene p kalau ke Osaka terutama pada waktu malam sebab kita dapat lihat betapa cantiknya Osaka bila di sinari dengan cahaya lampu.


Di tengah2 jalan Namba City..




Dotonbori




Badut yang menjadi tarikan di Dotonbori




Gambar dengan lelaki yang sedang berlari ni wajib ambil kata orang2 di sini, ada sebabnya si Sani bagitahu tapi insyaAllah akan aku terangkan kemudian..-lupe.. ;)

Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, March 13, 2012

Osaka Japan




Next trip:

Osaka
From 14th march until 23rd march 2012..
To attend Sani convocation ceremony at Osaka University..




Kene amik visa dulu kalau nak p Jepun, Alhamdulillah 2 kali kami ulang alik ke Konsulat Jepun di Pulau Pinang.. Nak uruskan visa punye pasal, macam2 tui derang nak.. Yang paling xmenahan tu, derang nak tengok. Buku bank kita, sekurang2nye kene ada 1k sehari kalau nak p negara derang ( reason: derang xnak kita p keje kat sana ) huh..

So InsyaAllah esok flight kami kui 1150 pm dan arrive at Kansai International Airport kui 7 am..;)



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kepala Batas

Monday, March 5, 2012

Irfan 9 bulan




-Irfan dah boleh berdiri dengan tangan yang mesti memegang sesuatu... Alhamdulillah.. Irfan dah selangkah ke depan dalam hidup die... Tak sabar nak tengok berjalan dengan sendirinye... ( mau tak larat nak kejar pulak nanti... Huhu)..Semperna die dh boleh berdiri ni, kami terus cari kasut untuk die..Semoga cepat2 belajar berjalan my son....;)




Berat Irfan 8 bulan dan 9 bulan sama je...9.4 kg.. Eemm macam mana eh... Nurse suh bagidie makan, masalahnye, die tak berapa nak sangat makan... Eeemmmm....

Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kepala Batas

Friday, February 3, 2012

Tahun baru sudah?? Lorrrr..




Hari ni dah pon 3 Feb 2012.. sebulan 3 hari terlewat untuk blog ni wish happy new year... Hahaha... Sangat2 segan la ni untuk berblog... Masa banyak dicurahkan pada si debot yang semakin perlu diberi perhatian la ni... Semakin lasak, semakin laju merangkak, dan dah berani bangun berdiri pegang2 kat kerusi walaupon berdirinya tu masih belum betul2 stabil...sangat mengerikan kalau die terjatuh terlentng ke belakang... Dan pada malam harinye pulak, aku dah start memulakan hobi yang sangat aku minati.. Menjait... Alhamdulillah , dapat sedikit tempahan.. Xmenang tangan kadang2, sebab masa menjait hanya pada malam hari.. Siang hari? Bertuah la badan dapat menjait kalau Irfan tido lame..

yang penting aku sangat happy dengan situasi la ni..
Menjadi isteri kepada En.hasben yang sangat memahami ( happy birthday my dear... Thanks for everything )
Menjadi mama kepada Muhammad Naa'il Irfan ( budak debot yang banyak akai )
Dan yang penting.....hidup dengan seadanya sahaja....

Happy new year !!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kedah