Friday, October 14, 2011

Char Koay Teow Sg 2 terbaek!!!







Pergghhh tengok gamba dah terliur kan...besh giler Char Koay Teow Sg 2 ni..thanks to Abg Mer sebab bagitau tempat ni.. Kami amik yg specialnye, ade 5 ekor udang yang sangat2 fresh....harga Char Koay Teow special ni RM 5 je ( termasuk telur mata ). Minum pulak Teh beng ...pergghhh...terbaek!!!







Kedai ni start pukul 5 petang sampai 3 pagi, hari Rabu cuti..

So lepas ni nak p try makan bende lain pulak... Dengar2nya banyak makanan yang besh2 kat penang ni...

( xtau lah setanding char koay teow malinja atau x, sebab dah lame xp makan kat malinja..;))






Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bertam, Pulau Pinang

Sunday, October 9, 2011

Apa yang syoknye kat Penang?




Yup!! Aku baru pindah ke negeri ni, tapi xde idea langsung nak ke mane bila weekend menjelma..Yang aku tau , naik jambatan tu dan pergi ke bahagian Pulau, tapi lepas tu nak ke mana ek?

Tempat2 makan yang besh kat mane?

Nasi kandar yang paling sedap... Pasembur...mee udang kat mane yg besh?

...hah ape lagi yang besh eh kat penang ni?


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bertam, Pulau Pinang

Saturday, October 8, 2011

JOM JOIN !!! ' 1 minute Simultaneous Breastfeeding ' event






Cuma seminit sahaja!!!!

Apa yang anda perlu buat adalah:

1. Bersedia pada 9 OKTOBER 2011, AHAD
2. Mula menyusukan pada pukul 4.00 pm hingga 4.01 pm pada hari tersebut selama SATU MINIT.
3. Jangan lupa ambil gambar anda dan anak yang sedang menyertai acara ini.
4. Email kepada saya di azurah@byc.com.my untuk dicompile dan dimajukankepada penganjur (MMPS Penang).
4. Bagi yang tiada gambar, berikan SMS bertulis "mission accomplished" diikuti nama ibu/anak kepada nombor 0126031421 sebaik sahaja tamat tempoh 1 minit penyusuan.
5. Kami mengalu-alukan volunteer bagi yg berkemampuan merakam aktiviti secara 'live' dan sila berhubung dengan Connie Mooi di pgmmps@gmail.com.

Kemudian, tunggu notifikasi E-Certificate yang akan diberitahu oleh penganjur acara (Penang MMPS) sebaik sahaja ianya telah siap (penganjur mungkin mengambil masa beberapa hari untuk menyusun nama-nama peserta dalam E-certificate ini, oleh itu, harap bersabar.
CETAK dan SIMPAN untuk tatapan generasi anda, sebagai salah satu bukti aktiviti sokongan penyusuan anda di Malaysia.

Jika anda mahu bersama menjayakan aktiviti ini, sila sms maklumat anda kepada 0124760089 atau email azurah@byc.com.my. :)






Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bertam,Pulau Pinang

Thursday, October 6, 2011

Oktober sudah????




Tempat kerja baru En.Hasben di UiTM Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang

Hari ni dah masuk hari ke 6 dalam bulan Oktober... Eeemmm banyak lagi bende yang dah lama tertangguh, di tambah lagi dengan yang baru membuatkan aku bertambah2 lah menangguh2kan kerja ( xelok sungguh perangai ni kan..) Banyak sangat yang dah xsabar2 nak disetelkan dalam kepala ni antaranya :

1) Mencuci gambar Tour Europe dan segala gambar2 holiday kami sepanjang berada di Ireland



2) Memenuhi segala isi2 kandungan dalam buku Irfan
3) Start baca buku balik...otak dah lembap sebab dah lama xmembaca
4) Menulis tentang pengalaman kami menjelajah ke negara orang dalam blog ni
5) Kemas barang2 yang masih lagi semak & berterabur sebab baru pindah
6) Mencantikkan rumah;)
7) Nak belajar gardening sikit2... Heheh
8) Nak jadi rajin dalam berbloging. Since en.hasben dah belikan ipad so kene gajin2 berbloging..
9) Nak study tentang tempat2 yang besh di Jepun
10) Nak membesarkan & mendidik ' patriot ' saya dengan sebaik2 nya & juga menjaga, menyayangi En.Hasben sampai hujung nyawa...


10 senarai ni adalah sebahagian je yang aku ingat, yang terlintas di kepala semasa menulis entry ni.. Selainnya biarlah dulu... Hehehe.. No 1 - 4 bende yang tertangguh...No 5 - 9 penambahan baru dalam projek hidup. No 10 wajib di laksanakan sampai bila2....

Doakan aku boleh... Yeah GAMBATE!!!!!




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bertam, Pulau Pinang