Thursday, December 17, 2015

Resepi Kuih Burger Malaysia yang GEBU dan SEDAAP

Assalamualaikum..

Hari tu teringin nak makan kuih burger malaysia ni.. Kalu dekat sini memang sah2 la xde org jual, so kena la buat sendiri.. 
Dan aku guna resepi ni http://raihannavanilla.blogspot.co.uk/2010/07/resepi-burger-malaysiapau-sambal-yang.html
sangat mudah dan simple, hasilnya sangat sedap dan gebu... Hasben pon kate sedap, so kalu die dh kate sedap tu, maknanye resepi ni akan aku guna pakai selalu la nanti...doh kuih ni aku dapat dalam 12 bijik ( ikot resepi 8 bijik, mayb tuan tanah buat doh besaq2.. Sambal pon aku buat cara aku menyambal, xde guna belacan dan aku suka sambal aku tu berair sikit, xsuka kering sangat nnt xmeresap dalam kuih tu...;) 



Resepi kuih burger malaysia

250g tepung gandum
140ml susu/air pada suhu bilik
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast

gaul semua,  lepas tu biarkan selama 1 jam dan di tutup dengan kain lembap. Doh akan naik 2x ganda, tumbok2 sikit biar kluar angin dan boleh lah di buat bulat2 kecik..biarkan seketika biar die naik lagi sikit.. Pastu boleh la menggoreng dalam minyak yang panas...Siap!!!


Winter pertama di Bowburn

Assalamualaikum.

Last week  on 12 dec , kami otw balik ke rumah dari Car boot sale di New Castle, tiba2 je snow turun.. Lebat ya ampun.. Alhamdulillah rezeki kami dapat merasa snow tahun ni.. Sampai je di kampong Bowburn,masih lagi lebat.. Selang 1jam selepas tu, jalan raya semua dah putih dah.. Anak2 melayu di sini semua keluar main snow.. Mak2 bapak pon turut sekali..:)...  irfan main x ingat dunia, siap baring2 lagi....padahal sejuk sangat dah tu..huhu.. Alahai anak....




Hari yg same jugak, kereta kami stuck dalam snow dekat park.. Aduhai.. Pening kepala en hasben... Esoknya, alhamdulillah dapat jugak di keluarkan setelah hampir 2 jam dan bermacam2 cara yang mereka gunakan.. Terima kasih sangat2 pada yang membantu...jasa kalian amatlah di hargai..

Friday, November 6, 2015

Time to say goodbye - Con te partiro



Assalamualaikum..
Hari ni Jumaat bersamaan 23 Muharam 1437 Hijrah. Cuaca di Bowburn semakin hari semakin mendung suhu kat luar pon tiap2 hari 9-13 C, sang matahari segan2 nak tunjuk muka dah, malam pula tanpa di arah2 cepat2 je die datang..hai la autumn, janganlah berakhir lagi.. 

Pagi ni ntah kenapa terasa rindu dengan family yang jauh nun di sana..k, xnak ckp banyak.. ( air mate nak kluar dah) ngada2 je aku ni, baru sebulan kot ko duduk sini, macam xbiasa berjauhan pulak... 

Lately ni giler layan lagu ni.. Mungkin sbb tu lah, rasa rindu tu wujud....shhhhuuuhh, go away plis...

When i am alone i sit and dream
And when i dream the words are missing
Yes i kmow that in a room so full of light
That all the light is missing
But i dont see you with me, with me
Close up the windows, bring the sun to my room
Through the door youve opened 
Close inside of me the light you see that you met in the darkness

Time to say goodbye...

K.. Jmp lg next n3;)




Friday, October 16, 2015

Dari Bertam ke Bowburn

From Bowburn, Durham with love...



Assalamualaikum...Setelah genap 2 minggu kami kat sini,barulah dapat settled down dalam rumah yg betul, internet semua lengkap, Irfan dah daftar sekolah dan barulah dapat tarik nafas lega...Syukur alhamdulillah...

Hampir setahun yang lepas, En.Hasben dapat offer sambung belajar luar negara,alhamdulillah rezeki...tapi urusan dokumentasi yang banyak sangat halangan, lepas satu2, hampir2 membuatkan kami berputus asa nak meneruskan... Tapi akhirnya, kami yakin semuanya telah di lorongkan oleh DIA, dan di sini lah kami.. Di bumi UK, Bowburn, Durham..

 27 September 2015 kami sampai dan insyaAllah 2019 kami akan pulang semula ke Malaysia.





Friday, September 18, 2015

Last day school at LC Bertam


18 September 2015 

MasyaAllah, sekejap je masa berlalu.. Hampir 9 bulan irfan dok ulang alik ke sekolah..macam2 gelagat & kerenah Irfan di sekolah..Alhamdulillah,aku sangat berpuas hati dengan cara sekolah irfan ni Tadika Cilik Comel Little Caliphs Bertam...walaupon tak sampai setahun irfan ke sekolah, banyak dah yang dia belajar (sesuai la dengan tahap umor die)..bukan aku nak dia pandai membaca dah pon, cukop la pada aku die reti nak berkawan, die ade kawan,die tahu Alif Ba Ta, A B C, 1 2 3...tahu Al Fatihah, doa sikit2, itupon dah satu rahmat...yang penting pada aku, die tahu berkawan...( Rayyan, Nia , Nani, Khaleesya, Wasuliman, Wafik- antara nama kawan2 irfan yang selalu die sebut..)


With Tr Nad

With Tr Ros



Trip ke Zoo Taiping 



Nota kaki: Janganlah kita sebagai ibu bapa sesekali ajar anak kita ' jangan main dengan si polan ni sebab si polan tu suka buat org' .. Jgn lah di habaq kat anak kita tu berulang2 kali sampai akhirnya bdk tu pon xnak berkawan dgn si polan tu, kebetulan mak pak si polan tu pon terdengar dan tau hal ni, kan ke tak manis nmanye tu...budak2 masih kecik lagi kot, yang nk p psyco derang dah kenape??? Tak guna jugak belajar tinggi2, kalau pemikiran masih di takuk lame..
MasyaAllah mintak2 la kami di jauhkan sifat sebegitu.. 
( lepas sudah rasa geram yang berbuku dalam hati ni )...

Wednesday, January 14, 2015

Irfan @ Tadika The Little Caliphs Bandar Putra Bertam

Assalamualaikum,

Dah 3 hari kami hantar Irfan ke tadika TTLC. Ni 1st time die berjauhan dari aku.. Walaupun hanya 4 jam sahaja ( 8 - 12 tgh ), terlalu besar bezanya pada aku, apatah lagi pada dia yang terpaksa menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru.. Meruntun jiwa ni bila hari pertama dengar dia menangis..Rasa tak sanggup nak tinggalkan dia.. Tapi aku cuba kuat & think positive, semua ni untuk kebaikan Irfan jugak sayang...
Hari kedua pon menangis..eeemmm
Aku terus balik.. 
Tepat kui 11.55, aku dah terpacak depan pagar.. Cikgu pon dah cam agaknya.. Dan dia antara yang awal keluar.. Bila nampak je aku, die terus mencebik muka, menangis lagi... Alahai anak.. Maafkan mama sayang..
Jumpa teacher Irfan, katanya Irfan hari kedua ok sikit.. Kurang dah nangis.. Alhamdulillah...
Aku bisikkan dalam hati, insyaAllah lama kelamaan, pasti Irfan akan ok & tak akan nangis lagi..dan sedikit lega bila setiap kali tanya Irfan nak ke sekolah lagi, jawapannya pasti nak.. Alhamdulillah..
Tapi jawapan tu xkekal rupanya.. Selesai hari ketiga sekolah, die menangis lagi.. Dan dah tak nak ke sekolah..tanya banyak kali pon, taknak jugak.. Alahai anak.. Eemmm... 

Aku pon dok lah sevey kat tenet cara2 nak handle anak yang macam ni.. Antaranya:


Mendakap anak dengan penuh kasih sayang sebelum meninggalkan anak di kawasan tadika. Beri kata-kata perangsang kepada mereka, kemudian beri lambaian setelah menyerahkan anak kepada guru tadika. ( aku suruh En. Hasben yang hantar dia kat pintu sekolah sebab dia rapat dengan aku so mungkin kesedihan tu kuranh bila ayahnya yang hantar)

Bagaimana jika anak menangis? Jangan hampiri, teruskan perjalanan anda, beritahu kepadanya bahawa anda akan mengambilnya setelah tamat sesi pembelajaran. Menangis hanya ingin menguji emosi anda. Sekiranya anda berlembut dan menunggu ia akan mengambil masa yang lama untuk mereka menyesuaikan diri.

Ibu bapa seharusnya perlu ada keyakinan diri dan berkeras hati untuk melawan emosi simpati kerana tangisan anak. Anggaplah itu satu cabaran baginya untuk berdikari dan berilah kepercayaan kepada guru untuk meredakan emosinya.

Budaya menunggu anak selalu terjadi apabila perasaan takut menghantui pemikiran ibu bapa. Sebenarnya ibu bapa sendiri yang merancang dan menentukan kesediaan anak untuk ke tadika. Jika hari ini anda bersimpati dan kasihan melihat anak menangis, ini akan membuatkan anda menunggu anak seharian di tadika. Keesokan hari, perkara yang sama akan terjadi, dan lama-kelamaan anda akan merasa tidak seronok kerana ia sesuatu yang membebankan kerana banyak kerja yang tertangguh. 

Sebaliknya jika anda meninggalkan anak kepada guru, anak anda akan lebih cepat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya. Anak anda akan belajar memberi kepercayaannya kepada guru. sebenarnya, tangisan mereka tidak memakan masa yang lama sekiranya ditangani oleh guru yang terlatih dan berpengalaman.

Sekiranya anda risau, dapatkan nombor telefon tadika dan bertanyalah hanya selepas sejam anda meninggalkan anak. Biasanya anda akan mendapat laporan yang positif. Tapi awas! Jangan sesekali bercakap dengan anak anda melalui telefon, kerana kemungkinan emosinya yang sudah stabil akan berkocak semula. Percayalah bahawa guru akan memberi laporan yang benar lagi telus! :)

Apabila anak anda pulang, berikan pujian kerana berjaya berada di tadika. Kata-kata perangsang sangatlah penting untuk si kecil itu pergi ke tadika lagi untuk keesokan harinya. Sediakan juga hati dan perasaan anda untuk mendengar segala pengalaman anak anda pada hari pertama persekolahannya. Beritahu kepadanya bahawa anda sangat bangga dengan pencapaiannya.

Aku pon ada jugak terbaca dengan cara memberi upah atau hadiah bila setiap kali dia ke sekolah dengan baik dan tidak lagi menangis. 2 minggu jugaklah kami amik masa dengan membeli raksasa sebagai hadiah untuk Irfan bila tiap kali pulang dari sekolah. Alhamdulillah sangat berkesan. Minggu terakhir Januari tu dia dah ok dan sangat teruja bila nak ke sekolah, takda lagi menangis segala( tak seperti dalam minggu pertama yang sangat mencabar.. Huhu).

Alhamdulillah, la ni dia sangat excited bila nak ke sekolah, banyak dah kemajuan yang dia dah tunjuk hari demi hari..Alhamdulillah terima kasih  kepada semua staf2 Tadika TLC Bertam, Tr. Ros, Tr. Nurul dan semua teacher2 TLC Bertam .. Terima kasih sangat2 ;)







Tuesday, January 6, 2015

Ulang Tahun Nafees yang Pertama

Assalamualaikum..
Ni citer semalam nye semalam, senang cakap las yer nye citer.. Heheh

18 November 2014..

Selamat Ulang Tahun yang pertama buat  Nafees Arjuna mama,




( cewaahh ala2 anak FynJamal tu ;p )..
Sat ja dah setahun, Alhamdulillah.. Moga mama di beri kekuatan untuk menjaga Nafees & Irfan dengan sebaiknya & mendidik kalian menjadi anak yg baik, patuh pada perintahNYA... Amin.. Mama & ayah sentiasa doakan untuk kalian berdua.. 


 Ni masa umo seminggu..

Dah banyak akai dah la ni... Umo setahun tp dah pandai main otomen..:)

Moga membesar dengan baik & sihat sayang..:)


Kbai..