Assalamualaikum..
Lame sudah xmenulis,mengalahkan orang yang study sibuknya...😅
Alhamdulillah..kami baru je pulang dari kembara Andalusia kami..SubhanAllah sangat2 bersyukur sebab berpeluang ke Andalusia kali ni...Tq En.Hasben sebab belikan tiket kami,sebab tanggung semuanya sekali..Moga urusan study En.Hasben di permudahkan..InsyaAllah...Aaminn
Perjalanan kami bermula dari Newcastle Airport ke Malaga dari 18/12 - 26/12 Kami dapat tiket murah, return tiket sorang dalam 18£ (jgn convert) dari Ryanair..perjalanan mengambil masa 3 jam.Alhamdulillah,anak2 behave sangat dlm flight..
Sampai je terus di airport,kami mengambil kereta sewa yang sudah pon di booking terlebih dahulu..kos untuk kereta sewa dalam 200£ termasuk full insurans,full minyak dan lain2..Harus di ingat,di Spain kite kena drive sebelah kiri,dan jalan2 di Spain terutamanya di bandar2 lama yang keseluruhannya merangkumi jajahan Andalusia ini sangat sempit jalan2nya..so,En.Hasben pon nekad untuk amik full insurans..sediakan payung siap2 katenye..
Firts stop kami di La Linea de Conception,sempadan Spain dan Gibraltar..kami menginap di Apartmentos La Linea ,20 minit ke Gibraltar..Apartment ni ala2 design rumah Mediterenian, sangat besar,siap dapur,balkoni ,swimming pool..so bolehlah kami masak sebab kelengkapan semua ada..En Gugel menggalakkan untuk tourist stay di kawasan La Linea de Conception ni sebab penginapan di dalam Gibraltar sangat mahal, so ape2 pon sebelum berkelana,kena rajin2 kan diri menggugel😃
Day 2 - Kami bergerak menuju ke Gibraltar pada pukul 10.30pagi (elakkan waktu jam iaitu dari 6-10 pagi),alhamdulillah tiada kesesakan cuma terpaksa menunggu sementara di border kerana ada flight kapal terbang yg ingin berlepas..Satu2nya jalan nak masuk ke Gibraltar adelah kita kene merentas landasan kapal terbang😃.Sediakan passport untuk di cop sebab Gibraltar masih di bawah jajahan British dan duit Pound digunakan bukan Euro..
Carilah parking berdekatan Main street..
Bolehlah cuci2 mata kat sini sambil riki2 Van tour yang ada..Kami amik Van tour harga 22.50£ per person untuk 1 jam setengah..Van ni akan bawak naik atas bukit Gibraltar tu yg mana hanya deme2 ni je boleh bawak naik sebab bukit ni adalah National Trust Gibraltar..So harga yang di kenakan pada aku sangat berbaloi,korang boleh dengar ape yang tour guide tu cerita pasal history Gibraltar ni,tiket2 nak masuk dalam tempat2 yang ada kat atas bukit tu pon dah termasuk dalam bayaran tadi..
Sebelum kami keluar dari Gibraltar,kami sempat ke Masjid Ibrahim al-Ibrahim terletak di Europa Point (penghujung benua eropah) yang mana korang boleh nampak dengan lebih jelas benua Afrika..
So kesimpulannya,kalau berpeluang,pergilah ke Gibraltar..tapi kene ingat ye,kalau boleh jangan sesekali keluarkan duit dekat atm,takut terkeluar £ Gibraltar,naya..sebabnya,£ Gibraltar tak laku di mana2 hanya di Gibraltar sahaja..lainlah kalau korang bershoping dan habis kan semua £ Gibraltar di situ..
Ok..next entry,kami akan ke Sevilla..